PUTRAJAYA: Putrajaya sering menjadi lokasi pilihan dibanjiri pengunjung setiap kali cuti sekolah atau umum memandangkan jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah, dikelilingi taman serta tasik yang indah.
Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan menjadi tumpuan orang awam sempena cuti sekolah termasuk di Kompleks Sukan Mendaki di Taman Cabaran, Taman Ekuestrian Putrajaya, Anjung Floria dan Dataran Putra.
Catherine Leong, 45, berkata beliau dan tiga anaknya berkunjung ke Taman Cabaran untuk aktiviti mendaki dinding tiruan memandangkan sukan lasak itu diminati anaknya.
"Kami jarang datang ke sini (Putrajaya) tetapi cuti sekolah kali ini memutuskan untuk bawa anak-anak saya memandangkan suami bekerja. Rakan saya yang cadangkan tempat ini dan saya dapati ia menarik dengan pelbagai aktiviti dan tempat bersiar-siar," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata situasi banjir dan COVID-19 juga antara sebab beliau memilih tempat yang lebih dekat untuk beriadah bersama keluarga.
Bagi Nur Huda Salam, 45, berkata beliau lebih selesa mengunjungi tempat yang dekat memandangkan keadaan trafik sesak ketika cuti sekolah dan akhir tahun.
"Putrajaya menjadi pilihan kami sekeluarga selain lokasinya yang dekat, pelbagai aktiviti dan tempat makan menarik di sini. Saya bawa anak-anak untuk aktiviti mendaki di Taman Cabaran kerana ia sesuai untuk semua tidak kira umur," katanya yang tinggal di Dengkil.
Beliau berkata situasi semasa COVID-19 antara sebab tidak mengunjungi ke tempat sesak atau pesta.
"Kalau jalan-jalan di kawasan yang dekat ada kelebihan seperti anak-anak selesa tidak perlu terperangkap dalam kereta sebab jalan sesak berjam-jam, tidak perlu bermalam dan solat pun senang," katanya.
Beliau berkata dapat meluangkan masa beriadah bersama keluarga adalah sangat membahagiakan, tidak kira tempat itu jauh atau dekat.
Bagi Siti Hajar Maisara, 38, yang berasal dari Kelantan berkata biasanya hanya keliling Putrajaya dengan kereta tetapi kali ini bercadang untuk bersiar-siar bersama keluarga.
"Asalnya nak balik Kelantan tapi sekarang tengah banjir jadi kami bawa keluarga jalan-jalan di Putrajaya. Banyak juga tempat menarik di sini seperti masjid, taman dan tempat makan," katanya.
Pekerja di Sisiran Floria yang menyediakan aktiviti air seperti kayak dan memancing di Anjung Floria, Siti Nur Izzah Mokhtar Rudin, 23, berkata tempatnya menjadi tumpuan orang awam ketika cuti sekolah khususnya pada hari minggu.
"Kalau cuti sekolah atau umum, tempat ini memang meriah terutama petang. Pengunjung meningkat 20 peratus pada hari minggu biasa dengan hari minggu ketika cuti sekolah," katanya.
Beliau berkata selain aktiviti air, Anjung Floria juga menjadi tumpuan pengunjung bersantai di taman, memancing dan juga merasai pengalaman menelusuri tasik menaiki perkhidmatan teksi air yang memberi peluang kepada pengunjung melihat keindahan Putrajaya.
Perkhidmatan teksi air merupakan pengangkutan awam baharu yang mula beroperasi pada 14 Okt lepas untuk membawa penumpang ke setiap destinasi menarik sekitar Putrajaya.
Sementara itu tinjauan di Taman Ekuestrian Putrajaya mendapati tempat itu dibanjiri pengunjung yang ingin mendekati dan menunggang kuda.
Iris Lee, 41, yang pertama kali menjejakkan kaki ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu berkata beliau mengunjungi Putrajaya selepas dimaklumkan oleh rakannya.
"Rakan saya rakyat Malaysia syorkan tempat ini untuk menunggang kuda. Suasana di sini sungguh indah tambahan pula anak lelaki saya suka menunggang kuda," katanya yang berasal dari China dan ketika ini menetap di Malaysia menemani anaknya belajar di sini.
Eksekutif Taman Ekuestrian Putrajaya, Muhammad Fakhruddin Kamarul, berkata terdapat peningkatan mendadak ketika cuti sekolah berbanding bulan lepas, iaitu terdapat 65 peratus peningkatan dari segi pengunjung.
"Ramai yang membawa anak-anak datang untuk mendekati kuda dan belajar tentang haiwan itu selain belajar menunggang," katanya.
Beliau berkata Taman Ekuestrian Putrajaya juga sering menerima pengunjung tetap sebagai terapi dan perkhidmatan disediakan pelbagai jenis antaranya joy ride dan melawat kandang kuda untuk melihat aktiviti penjagaan kuda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Perkhidmatan Teksi Air merupakan pengangkutan awam baharu yang mula beroperasi pada 14 Oktober lepas untuk membawa penumpang ke destinasi-destinasi menarik sekitar Putrajaya. --fotoBERNAMA
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Lima bazar Ramadan di Putrajaya hasil 6-7 tan sisa domestik sehari
Hafizudin mengakui terdapat peningkatan sisa domestik jika dibandingkan dengan tahun lepas, susulan pertambahan jumlah peniaga tahun ini.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Jabatan Wilayah Persekutuan perkenal inisiatif lonjak potensi ekonomi
Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan
Ia sekaligus memberikan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan.
Putrajaya curi tumpuan pengunjung pada cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti
Putrajaya sering menjadi lokasi pilihan dibanjiri pengunjung setiap kali cuti sekolah atau umum memandangkan jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, menawarkan pelbagai
Angkat sumpah ahli Kabinet baharu esok: Siapa kekal, siapa bertukar? Ada kejutan ...
Istiadat Angkat Sumpah Menteri dijadualkan akan berlangsung di Istana Negara pada jam 3 petang Selasa, menandakan rombakan Kabinet pertama di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.